4 Langkah untuk Mengelakkan Scam Terapi dan Kesihatan Mental

Umum mengetahui pelbagai program-program berbentuk motivasi atau terapi banyak ditawarkan di Malaysia. Bagaimana kita boleh mengetahui adakah kita mendapatkan rawatan atau khidmat daripada pakar yang berkredibiliti atau ‘scammer’.

1. Ketahui Latar Belakang Therapist/Doktor atau Ahli Profesional

Minta penjelasan latar belakang pendidikan. Jikalau doktor, doktor apa? Doktor perubatan ke? Kalau ya, minta nombor MMC?

Jika doktor PhD? Tanya PhD di universiti mana? Bidang apa? Buat tesis tentang apa? Siapa Supevisor(SV)? Publish jurnal apa? Segala maklumat ini seharusnya boleh diaccess secara online.

2. Penyeliaan Jawatan

Di Malaysia, pekerjaan relationship therapist contohnya tidak wujud. Kalau ada, diselia bawah badan apa? Ada perlesenan? Profesion yang khusus bidang kesihatan mental ialah kaunselor, psikologis klinikal & psikiatris.

  • Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
  • Psikologis Klinikal berdaftar dengan Malaysian Society of Clinical Psychologist.
  • Psikiatris berdaftar dengan National Specialist Register.

3. Medium Konsultasi

Medium konsultasi selalunya berbentuk face to face, konsultasi atas talian guna “Skype Call” sangat meragukan.

Hal ini kerana, konsultasi atas talian ni masih lagi di peringkat kontroversi oleh pakar dan banyak percanggahan pendapat tentang isu etika.

Tetapi memang ada yang guna, cumanya…

American Psychological Association (APA) syaratkan apps mesti patuh kepada Health Insurance Portability and Accountability Act (HIPAA).

Skype bukan apps yang patuh kepada syarat HIPAA.

Boleh rujuk sini:

https://apa.org/practice/guidelines/telepsychology

4. Elakkan Jika ada Tanda- Tanda Berbentuk Scam Seperti berikut:

  • Menggunakan terma seperti boleh sembuh atau dibaiki, pengubat, dijamin berkesan
  • Membuat dakwaan perubatan tetapi tiada bukti daripada jurnal artikel yang boleh dipercayai
  • Menyalahkan doktor, sistem perubatan jika pesakit kurang penambah baikan
  • Menggunakan nama pakar yang tiada pengiktirafan atau penyeliaan
  • Tiada insuran atau semakan keselamatan kepada produk dan servis
  • Mendakwa produk atau servis berkesan terhadap banyak kondisi dan penyakit
  • Treatment atau terapi berlaku di kawasan yang tiada penyeliaan
  • Menggunakan terma dan jargon saintifik berulang kali tanpa penjelasan dan sebab
  • Bukti keberkesanan hanyalah daripada testimoni

Sumber Twitter Akif Basri dan Complex Child

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *