3 Kegagalan KJ dan MOSTI

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaludin (KJ) watak besar dalam UMNO terutama dalam kalangan orang muda.

Sewaktu kekalahan besar UMNO pada PRU lepas KJ antara calon yang bertanding jawatan presiden bagi membawa ‘nafas baru’ kepada UMNO menentang Tengku Razaleigh dan Zahid Hamidi.

Meskipun memegang portfolio yang lebih kecil berbanding YB Yeo Bee Yin (PH), beliau masih lagi gagal menggalas tugas dengan baik.

Sumber: Suara Rakyat

MOSTI diberi tanggungjawab besar iaitu dalam mendapatkan bekalan vaksin dan pengedarannya.

Berikut adalah 3 kegagalan KJ dan MOSTI:

1. Pemberian vaksin yang sangat lambat

Menurut anggaran Bloomberg, dengan kadar vaksinasi 26,523 dos sehari, Malaysia hanya akan dapat melengkapkan vaksinasi kepada 75% populasi selepas 4.9 TAHUN.

2. Kumpulan politik dan sektor pelancongan diberi keutamaan vaksin

Perkara ini disahkan KJ sendiri melalui kenyataan rasmi di laman media sosial beliau. Sebanyak 56 hotel di Pahang mendapat vaksin pada fasa pertama.

Walaupun jumlah penerima tidak didedahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 ini pastinya menambah kemarahan rakyat kerana kumpulan yang seharusnya diberi keutamaan seperti guru tidak mendapat perhatian langsung.

3. Belanjawan RM 70 juta untuk aturan temujanji vaksin sahaja

Sama ada kos ini RM 70 juta adalah ikutan daripada aplikasi MySejahtera yang dibeli daripada Amerika Syarikat tidak dapat disahkan.

Tetapi ironinya, aplikasi Selangkah yang dibangunkan oleh kumpulan app developer Malaysia sendiri memerlukan dana yang jauh lebih sedikit.

Kegagalan dalam perbelanjaan dan KJ ini bukan perkara baharu. Pada 2018 Kementerian Belia Sukan (KBS) hilang RM 100 juta kerana KJ ‘terlepas pandang’ rasuah di bawah kementeriannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *