2025: Rakyat Malaysia Bakal Menjadi PATI di Negara Jiran

Baru-baru ini tersebar berita seorang graduan ijazah sarjana muda yang sanggup bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura kerana gaji yang lebih tinggi. Cerita ini mirip pekerja Bangladesh yang bekerja di Malaysia sebagai buruh walaupun berpendidikan tinggi.

Malaysia kini jauh ditinggalkan negara jiran dalam menarik pelabur. Indonesia mengumumkan Berjaya mendapatkan pelaburan Tesla dan Hyundai bagi automotif. Negara lain seperti Thailand dan Vietnam turut meningkatka modal daripada pelaburan asing.

Terdapat pekerja Malaysia hari ini sanggup bekerja sebagai pemandu bas, tukang cuci, pekerja dan meninggalkan kerja prfesional di Malaysia kerana tawaran gaji yang lebih tinggi di negara luar.

Mengapa ini berlaku?

1. Pergelutan politik yang berlanjutan.

Pelabur asing kurang enang untuk melabur ke dalam negara kita dengan ketidaktentuan politik. Ini turut di sebut dalam laporan Flitch terhadap Malaysia.

2. Kepimpinan negara yang Lemah

Kepimpinan hari ini jelas tidak mempunyai dasar pembangunan yang baik, dengan kegagalan mereka mengekang gelombang Covid ketiga sehingga memaksa ekonomi negara merudum.

3. Sikip pilih bulu dalam pembangunan negara

Pulau Pinang yang merupakan pintu pelaburan dinafikan beberapa projek yang boleh meningkatkkan pelaburan seperti membesarkan lapangan kapal terbang, pembinaan lrt dan lain lain.

4. Rasuah berleluasa

Ini turut dilaporkan oleh laporan Flitch yang lepas. Bermula dengan kes 1MDB, Malaysia dilihat antara negara yang mempunyai rekod yang sangat buruk melibatkan rasuah kerana merencatkan peniagaan di Malaysia. Belanjawan berbilion oleh kerajaan hanya habis untuk membayar beberapa individu tertentu sahaja.

Malaysia kaya dengan hasil bumi, mempunyai kedudukan yang strategik tapi ini gagal dimanfaatkan sebaiknya oleh pemimpin sebagai kelebihan kita. Rakyat Malaysia akan terpaksa ke Vietnam atau Indonesia selagi kita tidak mepunyai kerajaan yang peduli rakyat Malaysia.

Sumber: Alternatif

Pautan asal:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *